Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
aku tewas di penghujung cerita . macam2 rasa dalam hati ini , walaupun mulai membenci tapi pada hakikatnya dia masih bertakhta dihati . Hati ini sering dilukai namun rasa cinta masih ada untuk dirinya . Kesabaran masih teguh dalam diri , tatkala pada suatu ketika goyah/rebah kerana terluka dengan sikap dingin dan keegoannya . Hati bagai kaca yang pecah bertaburan kerana kecewa akan sikapnya . Pada suatu ketika dahulu diri ini pernah ditolak namun rasa itu tidak mendatangkan luka seperti yang dialami pada ketika ini . Pada saat itu aku terima dengan terbuka akan keputusannya, kerana rasa kagum terhadap tindakan yang dilakukannya untuk menolak cara baik isi hati yang bertamu di hati ini , tetapi tidak lagi untuk hari ini . Rasa cinta itu kian pudar . Walaupun dia menganggap aq sebagai sahabat , tetapi manusia tidak dapat lari daripada perasaan untuk mencintai . Dia yang aku cinta pada suatu ketika dahulu, berubah dengan sekelip mata . Apabila ingin membuat keputusan untuk mengundur diri dan mencari pengganti , hati ini tidak dapat menafikan perasaan yang teguh terhadap dirinya . Semakin aku menjauhkan diri , semakin mesra persahabatan itu . Kegembiraan yang aku rasai hanyalah sementara kerana dia kembali dingin seperti dahulu begitu jua dengan diriku . Aku ingin melupakan dan menjauhkan diri agar terbiasa apabila dia tidak ku temui suatu hari nanti . Kepedihan hanya tuhan sahaja yang tahu . Benar seperti yang diperkatakan orang ramai , orang yang disayangi itu akan menjadi musuh kita pada suatu ketika . Aku tidak dapat memastikan kesahihannya, namun seperti dapat merasakan situasi itu sedang berlaku . Dia yang pernah membahagiakan - memberi harapan - memberi dorongan - kesetiaan - kesabaran -pengorbanan - inspirasi untuk mencapai kejayaan - kekuatan -membuat hati ini terluka (mungkin perasaan ini mampu bertahan sehingga ke hari ini kerana dia telah banyak berjasa berbanding melukai) « Older Newer »