Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
Andai lelaki tahu…apabila seseorang perempuan jatuh cinta, lelaki
itu adalah segalanya dihatinya.
Andai lelaki tahu…apabila seseorang perempuan itu mengalirkan airmata itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia
sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintaimu.
Andai lelaki tahu…apabila seseorang perempuan itu marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaan tetapi percayalah itulah maknanya dia
sangat ambil berat dan menyayangimu.
Andai lelaki tahu…apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak bermaksud
membuat kamu rimas, tetapi dia mahu kamu mengenalinya lebih dekat.
Andai lelaki tahu…apbila dia berkata mahu kamu berubah, itu
bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu melihat
kamu lebih baik, bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depanmu.
Andai lelaki tahu…apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayaimu, bukan
bermakna dia tidak sayang…tetapi dia menganggap kamu anak masih kecil yang
masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang-2 dia risau sekiranya terlalu percaya,
kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat dan
dia mahukan yang terbaik untukmu.
Andai lelaki tahu…apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit ataupun hadiah .
Cukup perhatian daripada kamu yang akan membuatkan dia bahagia dan rasa
dihargai .
Andai lelaki tahu…apabila perempuan tidak mengucapkan I LOVE U, itu tidak
bermakud dia tidak mencintai, tetapi dia ingin lelaki itu merasai sendiri
cintanya, bukan melalui kata-kata, tetapi melalui keikhlasan dalam hatinya
untukmu .
Andai lelaki tahu…apabila perempuan merinduinya, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain
dimata dan fikirannya .
Andai lelaki tahu…apabila dia berkata lelaki lain lebih baik berbandingmu, itu
tidak bermaksud dia tidak mencintaimu tetapi dia mahu melihat sejauh mana kamu
sanggup untuk menjadi yang terbaik untuk dirinya walaupun sebenarnya kamulah
yang terbaik dihatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan
menganggap masih ramai lagi yang lebih baik dimatanya, kamu tetap dihatinya.
Andai lelaki tahu…apabila seseorang perempuan itu menjadi degil
, dia bukan bermaksud untuk menajdi degil tetapi dia mahu lihat sejauh mana
kamu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, sekasar manapun perempuan
itu terlihat pada luarannya, hakikat perempuan adalah lembut hatinya. Andai
kena pada caranya , jangan terkejut kalau fikirannya berubah dalam masa sesaat
.
Andai lelaki tahu…apabila perempuan itu menjauhkan diri
daripadamu, dia tidak bermaksud untuk melupakanmu. Dia hanya ingin menenangkan
fikirannya buat seketika. Apabila dia kembali tenang, dia akan kembali kepadamu
semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintaimu .
PEREMPUAN terlalu sensitif jika perubahan negatif terhadap
lelaki yang dicintainya ~