Name : Red Velvet From : Earth, Likes : Anything that similar with teddy bear Dislikes : insects Location : anywhere everywhere in the part of THE WORLD Motto : blablabla. Description : describe your self.
tiba2 hati aku rasa sayu malam ni . tk tahu kenapa . hurmm , tiba2 aku teringat zaman persekolahan . mengejar cita dan cinta . tertawa difikirkan semula . penangan cinta pertama bukan sia-sia . mengajar aku erti kepayahan, berusaha, tabah hadapi cabaran dan dugaan dan yang paling menguji kesabaran apabila ketika aku keliru pada setiap persoalan yang mendatang . seolah-olah ianya bertepuk sebelah tangan, kadangkala aku merasai sepoi angin yang lalu . tapi aku seorang yang tidak mudah putus asa . akhirnya tanpa aku sedari, ianya telah berlalu dengan begitu pantas. lima tahun mungkin bagi sesetengah orang ianya adalah suatu tempoh yang lama . tapi bagi aku ianya adalah kelmarin dalam hidup aku . aku leka dibuai angan .
tapi aku bersyukur . cinta pertama aku telah mendekatkan aku dengan Maha Pencipta. sekian bertahun lamanya baharu aku sedar cinta tidak semestinya memiliki walaupun berapa lama sekalipun ianya terbit dalam hati terhadapnya. tapi cinta itu telah mengajar aku pengalaman suka dan duka di alam persekolahan . akhirnya, impian aku untuk mencipta kenangan manis di alam persekolahan tercapai. impian, cita telah aku capai tapi cinta ? mungkin belum tiba masanya untuk aku kenal erti cinta. berbalik pada hati, apa yang aku impikan. setelah habis zaman persekolahan, aku berazam membuka lembaran baru untuk menghadapi dunia sebenar. kali ini berhadapan dengan cinta juga. dahulu aku impikan cinta daripada cinta pertama tapi kali ini aku menerima cinta daripada insan lain. cinta itu anugerah, dan takdirnya hati aku terbuka untuk couple pertama. aku seorang yang setia pada cinta meskipun tidak memiliki . akhirnya aku telah kecundang lalu tebuka hati untuk insan lain. aku BAHAGIA . tapiiiii .... semua adalah takdirnya, dan aku terima juga takdirnya yang aku tak lagi bersama dengannya hingga ke hari ini, terlalugoyah untuk dipertahankan. sehingga ke hari ini, hampir lapan bulan aku telah kembali menyendiri dan memegang status dengannya hanya sebagai kawan. tipu kalau aku katakan tak ada sedikit pun rasa cinta dalam hati untuk dia. insan pertama yang hadir dalam diri aku memberi peluang untuk aku mengenal erti cinta. aku tak mampu menipu hati sendiri yang aku tidak mampu lagi untuk membuka hati terhadap lelaki lain. sepertimana aku pernah berkata pada dirinya, aku akan pergi sehingga rasa cinta itu tak lagi terbit dalam hati aku untuk dirinya. aku percaya pada takdir. aku percaya pada keikhlasan hati, aku cuba untuk kali kedua. biarkan orang berkata, asalkan aku tahu apa yang aku nak sebenarnya. dulu aku bersabar, aku ikhlas pada cinta pertama, berkat dari itu dan izin daripada allah. aku semakin dekat dengan orang yang aku cinta. dia menjadi teman yang paling memahami dan setiap manusia tak terlepas daripada kekurangan. ego . semakin hari aku dapat merasakan dia rasa apa yang bermain dalam hati aku. sebab itu untuk kali kedua ini, aku hanya mampu bersabar kerana sayang dan cinta. cinta pertama adalah sejarah untuk aku teguh berdiri memperbaiki kesilapan lampau. lebih-lebih lagi pada insan yang telah memberikan aku peluang merasai apa itu erti cinta. . . aku takkan menerima seseorang menjadi teman istimewa kalau dalam hati aku hanya ada rasa sayang dan tiada cinta. cinta aku hanya pada orang yang aku cintai (Mohamad Amirul Mohd Sidek).